24 Januari 2011

APA ITU RUMAH LELONG


Pasti ramai yang dah tahu yang rumah lelong nie adalah rumah yang hendak dilelong, tetapi ramai yang tertanya-tanya rumah lelong ni rumah 'Second hand' ke?, Rumah lama ke?, Rumah tak laku ke?, Atau rumah pemilik tak bayar ansuran? Dan tak kurang juga ada yang membuat andaian rumah nie ada kes tragis atau hem...hemm.. di dalamnya?

Andaian yang diberikan mungkin betul dan mungkin juga tidak. Untuk mengelakkan anda berfikir terlalu jauh, sebenarnya rumah yang hendak dilelong ini kebanyakan adalah disebabkan pemilik asalnya gagal menjelaskan bayaran ansuran bulanannya. Jadi pihak bank telah mengambil kembali dari pembelinya. Terdapat juga kes di mana pembeli tidak dapat meneruskan pembeliannya kerana pinjaman banknya tidak mendapat kelulusan. Ini menjadikan rumah tersebut ditinggalkan kosong begitu saja. Pada masa kini, kebanyakan rumah lelong dalam Malaysia telah didiami oleh pemilik asalnya. Namun bergitu ada juga rumah lelong yang belum pernah di duduki oleh pembeli asalnya. Untuk mengetahui sebab apa rumah dilelong CLIK SINI.

Rumah lelong ni sebenarnya ada kelebihan dan kekurangannya. Sudah menjadi lumrah, bahawa tidak ada yang sempurna dalam dunia ni. Begitu juga untuk membeli rumah lelong ini. Jika ada rezeki dan bernasib baik kita boleh dapat sebuah rumah yang berkeadaan baik. Dan jika sebaliknya kita terbeli rumah yang sudah teruk keadaan di dalamnya. Oleh itu untuk membuat pilihan yang terbaik sebelum membeli, buatlah lawat periksa rumah yang dilelong atau dalam bahasa jawanya 'survey' dahulu terhadap rumah yang hendak kita beli itu. Untuk tip sebelum membeli rumah lelong sila CLIK SINI.

Apa yang penting, pastikan harga rumah lelong itu betul-betul rendah dari harga pasaran. Agar kos pembaikannya nanti tidak melebihi harga pasaran rumah tersebut. Sekiranya harga rumah tu terlalu hampir dengan harga pasaran, tetapi kos pembaikan masih di bawah harga pasaran, bermakna pelaburan anda masih berbaloi. Namun jika melebihi harga pasaran, bermakna anda tersilap membuat pembelian atau pelaburan. Lebih baik beli rumah baru saja!


Satu kelebihan yang cukup istimewa tentang harta tanah ini adalah kerana nilai antiknya. Contoh yang paling mudah computer yang sama modelnya akan jatuh harga dari tahun ke tahun. Bergitu juga dengan kereta nilainya akan jatuh kerana berlakunya perubahan dari segi bentuk dan teknologinya.

Harta tanah ini boleh di ibaratkan sebagai sesuatu yang antik kerana, barang yang antik pasti akan meningkat harganya apabila adanya kesukaran untuk mendapatkanya. Ini kerana tanah tidak akan berganjak walau dimana ia berada. Oleh itu, dengan membeli rumah, nilainya pasti semakin meningkat. Jadi, melabur dalam hartanah adalah satu pilihan yang bijak. Terdapat individu yang membeli rumah untuk di diami. Dan ramai juga yang membeli untuk tujuan pelaburan (untuk sewakan). Untuk ketahui apa itu Pelaburan harta tanah CLIK SINI.

Terdapat perbagai defenisi tanah, dimana tanah ini boleh terdiri daripada ruang udara, permukaan tanah, bangunan, ruang bawah tanah, dasar laut, pokok dan juga logam. Untuk tahu lebih lanjut pasal Defenisi Tanah ni sila CLIK SINI.


Kepada mereka yang belum mempunyai rumah atau sudah memiliki rumah dan mahu menambah harta, apa kata cari dan beli rumah melalui lelongan. Pada masa kini terdapat beratus buah dan mungkin juga beribu buah rumah sedang dan akan di lelong oleh pihak bank. Jika ada rezeki anda boleh memperolehi rumah 20% - 40% lebih murah daripada harga pasaran.

So, pilihan terletak ditangan anda sama ada anda ingin membeli rumah yang baru siap, masih dalam pembinaan, atau terus dari owner atau membeli rumah yang sedang dan akan dilelong dimana anda dapat beli dengan harga lebih rendah daripada pasaran semasa.


Walau apapun, untuk yang masih baru dan sedang berjinak-jinak dengan rumah lelong ni disarankan agar dapatkanlah dulu nasihat daripada orang yang berpengalaman…bukan apa, kang daripada nak beli rumah lelong, tak pasal-pasal kita pula yang kena lelong!

Selamat Menceburkan diri dalam lelongan harta tanah dan semoga berjaya.


“tidak salah mencuba untuk berjaya, daripada duduk diam tidak berbuat apa-apa tertapi berimpian untuk berjaya”

0 ulasan:

Catat Ulasan