24 Januari 2011

SEBAB APA RUMAH DILELONG

Disini saya ingin kongsikan serba sedikit mengapa rumah seseorang itu boleh diistiharkan untuk dilelong oleh bank.

Kesemua bank di Malaysia punyai prosedur tertentu dan syarat-syarat yang ketat sebelum mereka mengisytiharkan sesuatu hartanah untuk di lelong. Sebelum rumah hendak dilelong, pihak pengurusan bank akan menjalankan beberapa langkah seperti:

Menghantar surat peringatan pertama pada tuan rumah (peminjam).

Pada bulan kedua pula, bank akan sekali lagi menghantar notis susulan dengan peringatan akhir agar tuan rumah lekas-lekas membayar ansuran pinjaman rumah tersebut.

Pada bulan ketiga dan keempat, bank akan menghantar surat kuasa dari peguam untuk menyuruh tuan rumah membayar semua baki tunggakkan dalam masa 14 hari.

Selepas tarikh yang ditetapkan oleh pihak bank, pihak bank akan sekali lagi menghantar surat kuasa penarikan balik kemudahan dari pihak peguam, dan sekali lagi menuntut anda membayar segala baki tertunggak termasuk keseluruhan jumlah pinjaman dalam tempoh maksima 14 hari.

Kebiasaannya jika tuan rumah tidak dapat membayar ansuran rumah didalam masa 3 bulan berturut-turut secara rasminya Pihak Bank Negara menetapkan yang tuan rumah adalah sebagai hutang tidak berbayar (NPL).

Apabila sampai bulan kelima, dan dia masih tidak membuat sebarang bayaran, Notis akan dikeluarkan oleh pihak bank mengenai kemungkiran suatu gadaian (borang 16D) keatas pemilik rumah (peminjam).

Masuk pada bulan keenam dan ketujuh, pemilik mula dipanggil ke mahkamah. Prosedur mahkamah ini bergantung pada jenis geran hartanah, peguam dari pihak bank pula cepat-cepat memohon untuk memperolehi arahan jualan dari pihak mahkamah, selain itu mereka juga sibuk untuk melantik pelelong, dan menetapkan tarikh lelongan dan juga harga rizab mengikut baki pinjaman semasa pemilik asal sebagai peminjam dan tuan rumah.

Kebiasaan disini, bank akan melantik penilai hartanah untuk mendapatkan harga rizab (Reserve Price) lelong berdasarkan harga pasaran yang dibuat oleh penilai hartanah lelong. Segala proses ini memakan masa dalam tempoh tujuh hingga lapan bulan sebelum rumah itu disytiharkan sebagai rumah lelong.

Namun bergitu, sekiranya sesebuah rumah itu tidak dapat dilelong pada tarikh tertentu, pada tarikh lelongan akan datang, harga rumah lelong itu akan di turunkan sehingga 10% berdasarkan pada harga lelong yang lepas.

Disebabkan itulah ada sesetengah daripada kita pernah mendengar kawan-kawan mahupun orang yang berada disekitar kita yang berjaya memiliki rumah pada harga yang lebih rendah dari harga pasaran semasa.

Apa anda rasa kalau anda beli rumah di kawasan yang sama dengan kawan atau kenalan anda tetapi dengan harga lebih mahal daripada mereka? pasti anda rasa tak puas hati bukan.

Mutiara kata:
"Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai"

2 ulasan:

Unknown berkata...

betul tu.sokong
zeck : 012-2025278

Unknown berkata...

Mcm mne pulak bru lewat je sbln dia dh anta surat gadaian notis dri bank mengatakan kemungkiran satu gadaian dri borang 16 D..

Catat Ulasan