SEJARAH LELONG
Bila kita sebut pasal lelong pasti dah ramai yang tahu dan boleh gambarkan situasinya. Untuk pengetahuan anda lelong ni sebenarnya telah bermula sejak 500 tahun sebelum masihi lagi. Dimana ianya adalah satu pertandingan untuk mendapatkan pemilikan harta milik orang lain. Kalau disebut dalam bahasa inggeris ianya disebut Auction dimana merupakan permulaan kata Latin iaitu Auctus yang permaksud perningkatan atau kenaikan.
Lelong diwujudkan untuk membubarkan aset dan telah digunakan sejak zaman Rom kuno lagi. Lelong ini telah berkembang setelah peradapan dunia kian maju dan aset seseoarang individu semakin bertambah. Sehingga ke hari ini lelong telah dijadikan sebagai satu mekanisme yang berkesan untuk melepaskan hak pemilikan daripada seseorang kepada seseorang individu yang lain. Lelong pada masakini boleh terdiri dari segi sesuatu barang aset peribadi, barang komersil, kenderaan, hartanah, perniagaan dan pelbagai lagi.
Bila cerita pasal lelong nie tiba-tiba teringat plak cerita Tiga Abdul, Allahyarham P. Ramlie. Kan ade lelong-lelong orang, tapi zaman kini tak de la. Cuba kita bayangkan berapa banyak perubahan jika nak bandingkan dengan zaman dulu. Jika dulu tiada kereta atau motor, jika dulu tiada rumah yang berbagai jenis, dulu takde alat-alat cangih, jika dulu takde banyak sangat perniagaan boleh katakan masa kini MACAM-MACAM ADA.
Disini saya tak mahu cerita pasal aset-aset lain, apa yang saya nak fokuskan dan kongsikan dengan anda adalah rumah lelong. Jika anda ingin tahu, kegiatan Lelong di Amerika Syarikat telah mengalami pertumbuhan luar biasa sejak tahun 1980. Pada tahun 1991, lelongan dalam Real Estate telah meningkat lebih dari US $ 10 bilion dari tahun 1980 menjadi US $ 33 bilion. Mereka juga telah mengangarkan bahawa pada tahun 2000, satu pertiga dari seluruh real estate akan dijual melalui lelong.
Sudahkan anda bersedia untuk mengenali apa itu rumah lelong?....
0 ulasan:
Catat Ulasan